Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014, Orang Sabah Pula Dipersalahkan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) sudah berakhir Jumaat lepas dengan keputusan Kumpulan Zero telah menjuarai MLM2014 dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM500,000 bersama trofi.

Namun sudah pasti ada yang tidak puas hati dengan kemenangan kumpulan Zero dan mengatakan juara MLM2014 sepatutnya adalah kumpulan SepahTu.

Seorang individu melalui aplikasi WeChat telah mencaci kumpulan Zero dan mendakwa benci kepada kumpulan Zero serta orang Sabah.

Kenapa pula perlu melibatkan hiburan dengan isu negeri dan orang Sabah? Tetapi apa yang mengejutkan, lelaki ini kantoi apabila menggunakan satu perkataan yang hanya orang Sabah yang menggunakannya, iaitu ‘bida-bida’.

Mengikut satu komen yang mengatakan orang semenajung Malaysia dan negeri Sarawak tidak akan menggunakan perkataan ‘bida’bida’ dan perkataan tersebut hanya digunakan oleh orang negeri Sabah.

Nampak sangat lelaki ini hendak melaga-lagakan dan mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia dari negeri lain kerana dia sendiri dari negeri Sabah tetapi benci kepada orang Sabah dan negeri Sabah serta kumpulan Zero yang berasal dari Sabah.

Keputusan penuh Maharaja Lawak Mega 2014 final Jumaat lepas : Juara Kumpulan Zero, Naib Juara SepahTu dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta solo, Nabil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Ibu Kumpulan Zero Pengsan Selepas Zero Diumumkan Juara MLM2014

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*