Kuntilanak Duduk Senyap Di Panggung Wayang

09/06/2018

Bayangkan korang tengah makan pop corn di panggung wayang dan menoleh ke belakang anda ternampak kuntilanak sedang duduk senyap-senyap di situ.

BACA : Pontianak Dijual Di Facebook Mendapat Sambutan

Masa tu pulak korang tengah layan filem seram dan pada masa yang sama, malam tu adalah malam Jumaat.

Itulah yang terjadi di salah sebuah panggung wayang di Jakarta, di mana penonton terkejut apabila ternampak Kuntilanak duduk senyap di tengah-tengah panggung wayang dan ianya hanyalah gimik semata-mata untuk mempromosikan filem Kuntilanak yang baru keluar.

Gimik ini ternyata berkesan kerana mendapat perhatian penonton dan ramai yang mengambil gambar serta video Kuntilanak dan berkongsi di media sosial.

Filem Kuntilanak ini mengisahkan lima kanak-kanak di sebuah rumah yang terpaksa berhadapan dengan Kuntilanak yang muncul dari sebuah cermin dan akan ditayangkan pada 15 Jun 2018, betul-betul dengan hari raya pertama.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: