“Saya Kutip Derma Tanggung Kos Guaman & Makan Ubat Tahan Sakit” – Pak Ya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Ya yang dibelasah oleh Lan Pet Pet tempoh hari memberitahu tabung kutipan derma yang dijalankan Persatuan Penduduk Acacia Park Desa Jati di Nilai, Negeri Sembilan adalah atas permintaannya sendiri.

BACA : Pak Ya Tidak Puas Hati Dengan Lan Pet Pet, Mahu Hukuman Ditambah Lagi

Ini semua untuk menanggung kos guaman yang bakal menelan kos sebanyak RM 5,000 dan menjelaskan itu adalah ikhtiar terakhir bagi meneruskan kes saman malu terhadap Lan Pet Pet.

“Pak cik mohon dana ini daripada penduduk untuk menggunakannya bagi menampung kos guaman, inilah ikhtiar terakhir saya.

“Namun apabila kes mahkamah selesai, dana ini akan dipulangkan semula dan akan dimasukkan ke tabung wakaf surau taman ini,” – Pak Ya.

Bukan itu sahaja, Pak Ya sehingga kini masih menanggung kesakitan pada pinggang akibat kecederaan yang dialami dalam kejadian itu dan kini bergantung kepada ubat tahan sakit.

Sumber : mStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Saya Janji Akan Menjaga Pak Ya dan Keluarga" - Pak Ya & Lan Pet Pet Dah Berbaik - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*