Lagu Rap Korea Remix Dengan Azan Cetus Kontroversi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Lagu Act Serious oleh Loco seorang rapper dari Korea yang dimuatnaik di Youtube pada 27 Nov lepas mengundang kemarahan semua umat Islam di dunia dan mendapat kritikan hebat termasuklah warga Korea muslim sendiri.

Lagu tersebut bercampur dengan laungan Azan (Allahuakbar) boleh didengar pada awal-awal lagi lagu tersebut dan digubah dengan rentak yang berbeza.

Akhirnya, Loco sendiri tampil meminta maaf melalui laman Twitter (@locogocracy) dengan kesilapan dirinya dan mendakwa dirinya tidak peka dengan agama Islam yang mengundang sensitiviti.

Kemungkinan video asal lagu Act Serious oleh Loco yang berduet bersama Ugly Duck & DJ Wegun akan dibuang dalam masa terdekat oleh pemilik akaun Youtube atau pihak Youtube sendiri memandangkan banyak laporan mengenai lagu tersebut.

LOCO – Act Serious feat. Ugly Duck & DJ Wegun

TehPanas – Macam tak logik artis atau selebriti tak tahu mengenai sensitiviti agama. Ouchhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Alvin Tan Nyanyi Lagu Hina Azan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*