Lari : Misi Mr. X – Running Man Versi Malaysia Di TV9

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Rancangan Lari : Misi Mr. X yang diadaptasi daripada rancangan popular negara Korea bakal menemui anda di TV9 bermula malam ini, 9 April 2015 jam 9.30 malam.

Lari : Misi Mr. X menampilkan enam selebriti iaitu Azwan Ali, Arja Lee, Aisya Hasnaa, Harris Alif, Afieq dan Achok yang akan ‘berlari’ mengembara seluruh negara.

Dalam rancangan ala-ala Runningman ini, Mr. X akan memperkenalkan 26 tema permainan berserta misi berbeza mengikut kehendak klien yang akan menentukan siapa yang akan jadi pemburu dan diburu.

[BACA : RUNNINGMAN BUAT PENGGAMBARAN DI BAKUN, SARAWAK]

Rancangan bermula dari jam 9.30 malam sehingga 10.30 malam ini juga akan menjemput artis jemputan seperti Mark Adam, Shakila Khoriri, Aweera, Zoey Rahman dan Hafreez Adam.

Peraduan Rancangan ‘Lari’ – Misi Mencari The Revivers

Rancangan ‘Lari’ yang diaktifkan oleh Revive Isotonik memberi peluang kepada penonton setia TV9 untuk menjadi sebahagian daripada program ini melalui peraduan Misi Mencari The Revivers.

10 penonton bertuah akan dipilih dan diserap untuk menyertai ‘Lari’ bersama selebriti-selebriti yang lain.

Pemenang peraduan akan dipilih setiap minggu bermula 1 April sehingga 1 Mei dengan cara-cara berikut :

1. Rakam video 15 saat
2. Minumlah Revive Isotonik dan tunjukkan bagaimana anda mampu terus bermain dan menikmati keseronokan dalam video anda
3. Muat naik video ke laman Instagram anda, tag @tv9Malaysia dan #ReviveLariTV9
4. Hantarkan penyertaan sebelum 1 Mei 2015
5. 10 peserta dengan video yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang

GAMBAR SEKITAR RAKAMAN RANCANGAN LARI



TehPanas – Kenapa mesti ada monopod? Dishhh…

Carian Anda :

5 Comments

  1. rancangannya agak menarik,
    tapi jadi hambar dan menyampah nak menonton sebab ada azwan ali.
    Mengada-ngada sangat jadi meluat dengan gaya bapoknya.
    saya akan menonton rancangan ini jika azwan ali disingkirkan.

  2. rancangannya menarik… utk musim kedua, tlglah cari peserta yg berjiwa cam org biasa dan yg lawak dari pelbagai cabang seni.. baru leh challenge running man.

    p/s : lum pernah tgk peserta running man korea pakai sunglasses and marah krew..

  3. rancangan ini sungguh mengikut – ikut running man, tak suka saya nak tengok, sungguh mengikut dan meniru. banyak sangat yang di tiru nya..

    1. running man ada wanita tunggal
    iaitu song ji hyo (mong ji yang paling saya suka dalam running man). lari ada wanita tunggal juga iaitu aisya hasnaaaa.

    2. kalau di running man ada spy. di lari pulak dikenali hunter.. ish agak – agak la kalau nak ikut tu

    3. running man mesti ada mati – memati. lari ikut

    sebenarnya ada banyak lagi yang diikut nya … ish geram…… tak pasal – pasal monday couple pun di ikut nya …….

    kalau ye pun buat la rancangan yang lain, yang penting jangan terlampau nak ikut rancangan running man tu… agak- agak la……

    lari sungguh ciplak…paling ciplak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*