Lawak Tuala Wanita Nabil Di Maharaja Lawak Mega 2014 Dikritik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Dah agak dah mesti ada yang tak puas hati dengan persembahan minggu kedua oleh Nabil Ahmad di Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) apabila menjadikan ‘tuala wanita’ menjadi bahan lawak.

Nabil Ahmad adalah satu-satunya peserta solo dalam Maharaja Lawak Mega 2014 mungkin sudah lali dengan kritikan mengenai lawak beliau yang akhirnya menjawab segala kritikan tersebut dengan selamba sahaja.

Apa kata Nabil ?

Lantaklah apa mereka nak cakap. Setakat yang pertikaikan pun dua atau tiga kerat saja. Orang lain okey saja. Kalau nak ambil semua orang cakap memang tak boleh hiduplah saya jadinya. Cuba fikir secara logik kalau produk tuala wanita itu benda yang betul-betul sensitif kenapa iklan mengenainya tidak dihentikan?

Saya hanya buat lawak daripada apa yang sedia ada dan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tak ada apa sensitif atau pelik pun rasanya dengan jenaka itu. Jadi tak payahlah pihak tertentu nak besar-besarkan hal sebab majoriti yang lain okey dengan lawak itu.

TehPanas – MLM2014 masih slow, mungkin ‘enjin’ semua peserta belum panas lagi & asyik buat lawak persendakan juri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*