Lelaki 71 Tahun Dicabul Lelaki Warga Emas Selepas Khayal Di Taiping

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Malang bagi seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun apabila mendakwa dirinya dicabul oleh seorang lelaki yang juga warga emas berusia 64 tahun selepas diberikan minuman membuatkannya khayal.

BACA : Lelaki Indonesia Cabul Budak Perempuan Direman 7 Hari

Menurut polis, kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi pada 11 November di rumah mangsa di Simpang, Taiping dikunjungi suspek yang kononnya menjual ubat.

Pada mulanya, mangsa mengalami sakit belakang badan ketika itu dan mengekori lelaki itu ke keretanya dan pada masa yang sama suspek memberikan mangsa minuman dan menyebabkan mangsa khayal.

“Suspek kemudian mengambil peluang untuk mencabul dan melakukan serangan seksual ke atas mangsa,” – polis.

Memetik portal The Star, suspek ditahan pada 20 November dan direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang mencabul dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh yang melampau.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*