Lelaki Dakwa Dirogol Di Sebuah Lorong, Suspek Pemuda 25 Tahun Ditahan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki yang menjadi mangsa rogol di sebuah lorong berhampiran kelab malam Essex di England oleh seorang suspek lelaki berusia 25 tahun.

BACA : Rogol Anak 3 Kali Seminggu Sejak 6 Tahun Lalu, Seorang Bapa Diburu Polis

Mangsa memberitahu kepada paramedik bahawa dia telah dirogol dan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun berikutan kejadian itu.

Pekerja-pekerja di kedai berhampiran terkejut apabila melihat beberapa buah kenderaan polis berada berdekatan.

Menurut salah seorang saksi, Ashfaq Ahmed, memberitahu dia melihat van forensik polis ketika ingin membuka kedainya pagi Jumaat dan menutup kedainya sebab dia merakasan sesuatu yang buruk berlaku.

“Sesuatu yang buruk berlaku, jadi saya tutup kedai.

“Saya ada bertanya kepada polis apa yang berlaku, namun mereka tidak memberitahu saya,” jelas Ashfaq kepada Dailymail.

Sementara itu polis Essex memberitahu mereka dihubungi oleh pihak pihak ambulan lebih kurang pukul 4.45 pagi selepas seorang lelaku memberitahu dia telah dirogol di lorong Baddow Road, Chelmsford.

Pihak polis seterusnya membuat siasatan di tempat kejadian menerusi CCTV sebelum menahan seorang lelaki berusia 25 tahun pada jam 6.40 pagi waktu tempatan kerana disyaki merogol.

Lelaki terbabit masih dalam jagaan polis untuk siasatan lanjut.

Rogol Pengantin Baharu, Lelaki Ini Berhadapan Penjara Maksimum 30 Tahun & Sebatan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*