“Kucing Itu Cakar & Gigit Tangan Saya!” Jerut & Bunuh ‘Jebon’, Lelaki Dihukum Penjara 15 Bulan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada penangkapan seorang lelaki yang menjerut kucing jantan bernama ‘Jebon’ hingga mati, berakhir hari ini apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan dia dihukum penjara 15 bulan.

Al Azri Norhisham, 28 tahun dijatuhkan hukuman itu yang berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki yang bekerja di kedai makan itu didakwa secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga Blok A3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 10 Jun lalu.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum bawah akta 29(1) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut Harian Metro, Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu kepada mahkamah supaya mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya.

“Kucing itu cakar dan gigit tangan saya sehingga berlubang. Saya mohon hukuman diringankan lagi pun saya anak yatim piatu,” – Al Azri Norhisham.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pencegahan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan yang dilakukannya melampaui batas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*