Gesel Punggung Budak Perempuan, Lelaki Warga Indonesia Ditahan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka, Rabu lalu, telah ditahan polis, awal petang tadi di sekitar Bandar Country Homes, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof memberitahu suspek yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 54 tahun bekerja sebagai buruh binaan.

Polis juga turut merampas pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian dan suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri semasa ditahan pihak polis, memetik Harian Metro.

“Suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Dia (suspek) akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman,” – Asisten Komisioner Samsor Maarof

Terdahulu, viral sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menggesel punggung mangsa pada kemaluannya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Country Homes, Rawang.

Video Lelaki Gesel Kemaluan Pada Punggung Budak Perempuan

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Lelaki Indonesia Cabul Budak Perempuan Direman 7 Hari - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*