Lelaki Indonesia Cabul Budak Perempuan Direman 7 Hari

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan penahanan seorang lelaki Indoensia selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai serbaneka di Bandar Country Homes, Rawang Rabu lalu ditahan reman selama tujuh hari.

BACA : Gesel Punggung Budak Perempuan, Lelaki Warga Indonesia Ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, mahkamah membenarkan reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu bermula hari ini hingga Isnin depan.

“Kes disiasat Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” – Samsor Maarof.

Terdahulu, viral sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menggesel punggung mangsa pada kemaluannya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Country Homes, Rawang.

Susulan itu, pihak polis berjaya mengesan suspek dan menahannya semalam di kawasan berhampiran Bandar Country Homes dan merampas pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

Suspek dipercayai bekerja sebagai buruh binaan dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Sumber : Sinar Harian

Gesel Punggung Budak Perempuan, Lelaki Warga Indonesia Ditahan Polis

1 Trackback / Pingback

  1. Video Skype Anggota Polis Usia 55 Tahun Viral, Tayang Alat Kemaluan Pada Awek Filipina - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*