Lelaki Rakam Wanita Kencing Di Tesco Bahau Berjaya Ditangkap

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita terbantut untuk membuang air kecil apabila menyedari seorang lelaki disyaki merakam gambarnya ketika berada dalam tandas wanita di pasaraya Tesco Bahau, semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.45 tengahari itu, mangsa yang berusia 21 tahun menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas ketika sedang mencangkung untuk membuang air kecil.

Wanita tersebut cuba melihat cahaya tersebut dengan teliti kemudian ternampak tangan seseorang yang sedang memegang telefon.

Wanita itu terus mengetuk pintu tandas tersebut, namun tiada respon dan mangsa menendang pintu tandas itu dapati seorang lelaki berada didalamnya sambil memegang telefon bimbit.

Mangsa seterusnya bertindak merampas telefon tersebut lalu meluru keluar dengan menjerit meminta tolong kepada orang ramai dan berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

Pihak polis memberitahu lelaki tersebut sudah berkahwin dan merupakan seorang pemandu lori berusia 33 tahun serta didapati positif dadah jenis Methapitamine.

VIDEO LELAKI MERAKAM GAMBAR WANITA KENCING DALAM TANDAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. (Video) Kantoi Rakam Wanita Dalam Tandas, Lelaki Ini Buat Suara Perempuan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*