“Jangan Kecam Aku…” – Lelaki Review Makanan Kucing Dengan Nasi Goreng

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Biasa kita lihat orang akan makan dan review makanan pelik tapi masih lagi makanan manusia. Berbeza dengan lelaki ini apabila dia membuat satu video review makanan kucing!

BACA : Peragut Kantoi Dirakam Youtuber, Ragut Rantai Wanita Depan Sogo

Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Ayim itu memberitahu kalau kucing boleh makan makanan tersebut, tak mustahil manusia pun boleh makan juga makanan tu.

“Dia hanya tuna biasa saja, cuma bau dia tu. Tak pelik sangat. Kalau kucing boleh makan, tak mustahil manusia boleh makan.”

Yang penting dia suci dan bersih.” – Ayim

Lepas mencuba makanan kucing, dia membuat challenge yang kedua iaitu makan makanan kucing itu bersama dengan nasi goreng dengan tujuan untuk menilai sama ada makanan kucing itu boleh mengalahkan sambal tradisi Melayu atau pun tidak.

“Aku rasa macam makan dengan ikan tuna. Bagi aku okay, takde masalah. So, korang boleh cubalah.

“Jangan kecam aku lah, aku just mencuba. Sebab dah lama aku nak rasa makanan ni. Ni hanya untuk experiment sahaja.” – Ayim

Mungkin sedar video terbabit mengundang kecaman terhadap dirinya, lelaki itu memberitahu supaya jangan kecam dirinya kerana semua itu hanya untuk mencuba dan eksperimen semata-mata.

Sumber : Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*