Disangka Haiwan Buruan, Lelaki Tertembak Adik Sendiri

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki ditahan selepas menyerah diri kerana tertembak adiknya sendiri sehingga terbunuh dalam kejadian di hutan Sabindo Plantation, Ulu Pangas, Apin-Apin, Keningau, Sabah semalam.

BACA : Senapang Makan Tuan, Peniaga Maut Tertembak Sendiri

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang itu, suspek berusia 41 tahun tertembak adiknya yang berusia 35 tahun ketika sedang berburu di hutan dan masuk ke hutan sejak Khamis lalu.

“Dalam kejadian itu, suspek tertembak adiknya menggunakan senapang buatan sendiri jenis bakakuk.

“Selepas kejadian, suspek menghantar mayat mangsa ke Hospital Keningau sebelum bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau,” – Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain.

Susulan kejadian, suspek ditangkap dan bakakuk serta peluru yang digunakannya turut dirampas, dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen senjata api yang sah.

Menurut Shahrudin, beberapa sampel diambil di tempat kejadian manakala pakaian mangsa dan suspek ketika kejadian juga turut diambil untuk tindakan lanjut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Tembakan Itu Tersasar Sedikit..." - Anak A R Badul Mati Tertembak Masa Demontrasi - TEHPANAS
  2. “Tembakan Itu Tersasar Sedikit…” – Anak A R Badul Mati Tertembak Masa Demontrasi - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*