Bengang Dengan Soalan ‘Bila Nak Kahwin’, Lelaki Tetak Kepala Kawan Sampai Mati

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki menetak kepala rakannya hingga mati kerana berang sering diajukan soalan bila mahu berkahwin oleh mangsa.

BACA : Gadis Mati Ditetak Teman Lelaki, Mayat Busuk Disorok Dalam Tilam Hotel

Kejadian berlaku di Wawali di Minahasa Tenggara, Sulawesi Timur, Manado, Indonesia itu pada malam Sabtu lalu ketika suspek, Aswin, 52 tahun datang ke rumah rakannya, Ari Kongingi, 47 tahun untuk membeli arak cap tikus.

Sebelum kejadian, dua sahabat yang bekerja sebagai petani itu pada mulanya berbual mesra tetapi suasana bertukar tegang apabila Ari mengajukan soalan, “Kapan mau nikah” kepada Aswin, lapor Tribun Mitra.

Soalan itu menyebabkan Aswin naik angin dan terus memarahi Ari sambil berkata, “Itu urusan peribadi aku, jangan masuk campur,”.

Ingatkan habis di situ sahaja, tetapi Ari Ari tidak berpuas hati dimarahi oleh Aswin dan dia terus mengekori Aswin pulang ke rumahnya.

Sampai di rumah Aswin, mereka terus bertengkar dan suspek yang berang mengambil sebilah parang lalu menetak kepala Ari menyebabkan mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital Noongan Langoan akibat kecederaan parah di kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*