Cerita Sebenar Seorang Lelaki Tua Dibelasah Kakitangan TNB

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Cerita dan gambar mengenai seorang lelaki tua dibelasah kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan isterinnya datang menyelamat mendapat perhatian umum dan semua memberi komen serta makin hamun terhadap kakitangan TNB.

Kejadian yang berlaku Jumaat lepas di Guar Nangka, Perlis semasa kontraktor TNB sedang menjalankan aktiviti menarik pilot wire di tanah lelaki tersebut tetapi telah dihalang oleh pemilik tanah.

Semasa lelaki tersebut menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning, beliau terjatuh dan terbaring seterusnya isteri beliau datang untuk membantu. Spekulasi sebelum ini mendakwa, gambar tersebut memang jelas lelaki tersebut terbaring yang kononnya ditumbuk oleh staff TNB dan isterinya datang menyelamatkan suaminya daripada terus dibelasah.

Okay, laporan polis telah pun dibuat oleh kedua-dua pihak, tetapi kenyataan adalah berbeza-beza. Biasalah, sudah pasti masing-masing menunjukkan diri mereka tidak bersalah.

Sebelum kejadian ini, Bahagian Penghantaran TMB telah menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah tidak mahu menerimanya. Persoalannya, ini  bermakna tuan tanah tidak bersetuju membenarkan pihak TNB untuk melakukan pemasangan kabel TNB di tanah beliau. Tetapi, kenapa TNB masih diteruskan juga ?

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*