Lelaki Tumbuk & Tampar Kekasih Gay Kerana Cemburu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara ‘kekasih’ keluar dengan orang lain, seorang lelaki gay menumbuk dan menampar pasangannya di kawasan parkir di Jalan Tun Sardon, di Balik Pulau, 11.30 malam Sabtu lalu.

BACA : Berubah Menjadi Gay Kerana Aplikasi Dalam iPhone, Lelaki Ini Saman Apple RM64,000

Memetik Harian Metro, pada mulanya dua lelaki terbabit yang berusia 29 tahun itu pergi ke kawasan tersebut untuk berbincang mengenai hubungan mereka selepas mangsa kantoi keluar dengan lelaki lain pada petang hari yang sama.

Perbincangan itu menimbulkan perselisihan faham hingga membuatkan suspek tidak dapat mengawal kemarahan menyebabkan suspek menumbuk dan menampar muka pasangannya.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis keesokan harinya berhubung dengan kejadian tersebut.

Siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki terbabit adalah kakitangan kerajaan dan bekerja di bangunan sama. Mangsa bertugas sebagai seorang pegawai, manakala suspek pula kerani am.

Menurut polis, mereka sudah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih sejak dua tahun lalu.

Hasil siasatan lanjut polis, mangsa mendakwa dia selama ini memang kerap dipukul lebih-lebih lagi apabila gagal memberikan wang setiap kali diminta suspek.

Mangsa juga mendedahkan dia kerap memberikan wang sebagai balasan untuk suspek yang membantunya dalam menguruskan kehidupan seharian seperti menyediakan rumah, bersiar-siar dan urusan peribadi lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*