Jalan Sesak Disebabkan Lori Rosak, Lelaki Ini Tunduk Minta Maaf Pada Semua Pengguna Jalan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara lori rosak di tengah jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, apa yang dilakukan oleh pemandu lori ini tidak masuk akal dan tidak pernah dibuat orang.

Kejadian yang berlaku di Johor, 16 Mei lalu ini menyebabkan pengguna jalan raya terharu kerana pemandu lori tersebut tidak menunggu di dalam lori sahaja, malah turun ke bahagian (jalan) belakang lori, di tengah-tengah jalan yang sibuk.

Lelaki itu berdiri di belakang kenderaannya dan membongkok serta menundukkan kepala untuk meminta maaf kepada semua pengguna jalan raya yang lalu di hadapannya.

Menurut portal Noodou, salah seorang pengguna jalan raya sempat mengambil gambar dan berkongsi di laman sosial Facebook.

“Lorinya tiba-tiba berhenti di hadapan lampu isyarat, masa tu jalan sibuk dan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. Lelaki muda itu kemudian berdiri di belakang lorinya dan membongkok serta tunduk kepada pengguna jalan lain.

“Tindakannya itu membuatkan pemandu lain terharu dan secara tidak langsung dapat meredakan kemarahan pemandu lain gara-gara jalan yang sesak, lagi pun bukan salah dia lori tersebut rosak.” – Netizen

Bukan sahaja membongkok untuk meminta maaf, lelaki itu turut mengarahkan mereka yang berada di lorong kenderaannya itu supaya bertukar ke lorong kiri dan kanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*