Lembu Berkepala Dua Dijumpai Mati, Menjadi Tanda Tanya Penduduk Kampung

28/09/2017

Penduduk Kampung Felda Pasoh Dua, Jempol, Negeri Sembilan terkejut dengan penemuan anak lembu berkepala dua yang sudah mati di perkarangan rumah kakitangan Felda, hari ini.

Penduduk kampung yang dikenali sebagai Kamarul Azman Kamarudin memberitahu penduduk kampung itu menemui bangkai haiwan itu ketika bersenam di kawasan sekitar pada jam lebih kurang 7.15 pagi tadi.

Namun, penduduk kampung masih tidak dapat jawapan siapa pemilik anak lembu tersebut di mana penemuan itu dianggap pelik kerana tidak pernah berlaku.

Akhirnya, penduduk kampung bersetuju menanam bangkai anak lembu berkepala dua itu di kebun berhampiran.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: