Lesen Memandu Kelas B2 Hanya RM100, JPJ Laksanakan Secara Berperingkat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Dengan hanya bermodalkan RM100, sesiapa yang tidak mempunyai lesen akan mendapat lesen motosikal kelas B2 dengan program Myprihatin yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara berperingkat.

Program Myprihatin ini untuk penduduk bandar berpendapatan isi rumah bulanan kurang RM3,900 (B40) bertujuan membantu kelompok B40, iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus terbawah meningkatkan pendapatan.

Program rintis Myprihatin dilaksanakan di kawasan Parlimen Titiwangsa dan majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menyasarkan individu dalam kategori miskin bandar berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen motosikal.

Johari memberitahu bahawa program berkenaan bertujuan untuk membantu golongan B40 kerana sebahagian daripada mereka tidak mampu membiayai kos memohon dan menduduki ujian untuk mendapatkan lesen berkenaan.

“Saya mendapati ramai dalam kalangan mereka (B40) tiada lesen sedangkan permintaan (pekerjaan) untuk menghantar makanan di ibu kota sangat tinggi.

“Dengan inisiatif itu, mereka boleh memiliki lesen motosikal dan seterusnya bekerja seperti sebagai ejen penghantar makanan, penghantar surat atau kerjaya yang memerlukan mereka menunggang motosikal,” – Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Program Myprihatin ini adalah sama dengan proses memohon lesen memandu di institut memandu, tetapi dilaksanakan sepenuhnya oleh JPJ termasuk pendaftaran, mengendalikan ceramah, ujian penilaian undang-undang serta ujian memandu percubaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

53 Comments

  1. Area sabah lahad datu. Sy perlukan lesen memandu motor cuma bagaimana cara nk apply lesen memandu tersebut? Bagi bantuan yg memerlukan.

  2. Dah ada lesen kereta nak ambik lesen motor B2… macam mana nak dapatkan harga ini…terima kasih..

  3. SALAM SEJAHTERA,
    Membaca amalan mulia..
    Berminat untuk buat
    Lesen terbang , Saman Polis,
    Renew ROADTAX & INSURANS moto (expired lebih setahun)

    -roadtax moto da lame mati??
    -moto lari kedai??
    -moto lari finance??
    -owner xdpt dikesan??
    -moto xlengkap nak masuk inspection??
    Jangan risau sy blh bntu anda, mesti ikut syarat2 dibawah :
    -geran wajib ade (fotostat pun xpe)
    -owner masih hidup
    -bebas saman blacklist
    -SAMAN LAMPAU YG TERLALU BANYAK ????
    * sy boleh tolong setlekan saman dengan separuh harga , kecuali saman N/C sy x dpt tolong , saman n/c lepas anda pergi mahkamah baru sy dpt tolong
    * roadtax mne2 moto atau kerete yg blom sampi setahun pun sy blh buat…
    * kite bantu smpi anda dpt roadtax n insurans..
    * jgn tnye psl tukar nme… sy xde buat tukar nme..
    * Lesen terbang sah 100% dengan jpj Lalu roblock polis dan jpj tidak perlu takut anda ada lesen sah and x perlu ragu-ragu lagi lepas dapat lesen ni?
    * untuk lesen terbang anda perlu hantr screenshot ic anda depan dan belakang dan juga anda perlu hantar gambar berukuran pasport???
    * gambar mesti bersopan maksudnya kemas dan jelas
    * untuk lesen memandu hanya (B,B2,D,E@GDL) sahaja saya buat

    ~ proses hanya 4 hari bekerja sahaja sekali proses penghantaran pos laju, sy akan bagi tracking number atau boleh collect sendiri (lesen) di pjabat JPJ,
    Lesen siap boleh ambil di mana mana pejabat jpj seluruh malaysia dengan surat pengambilan yang sah..
    saya akan sent surat pengambilan lesen melalui email atau whatsapp.
    harga boleh runding ..

    Boleh wassap saya = 01139023984 – mat 🙂

    https://docs.google.com/document/d/12n4Izv-v1XBJr15ZpJKu-BoskXnRYkuv84rq_fkdtXM/edit

    #Pandai2simpantalam
    #bantuyangmemerlukan
    #jasadikenang

  4. tak ada pun program ini bila saya ke pejabat JPJ,
    atau ada dalam laman web ke untuk daftar,
    mohon pencerahan.

  5. saya orang susah, tak ada ayah, duduk dengan ibu tunggal yang kerjanya hanya menjahit yang tak seberapa, adik-adik lain masih ramai bersekolah,
    Saya hanya ada sebuah motosikal buruk je untuk menghantar adik ke sekolah.
    Saya rasa memang sangat layak untuk mendapatkan lesen B2 RM100 dalam program my prihatin ini, tapi bagaimana caranya.
    Tolong email kepada saya, mark7pitz@gmail.com

  6. Askum tuan,puan sy nk sgt la lesen moto dng harga rm 100 mcm ni ,klu mahal x ambr la lesen ,dng anak lima org sklh 3,ni naik moto jgk la x ade lesen xpaksa naik ,ssh dng gji suami x seberapa kj kg aje ,

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*