Letak Ais Pada Kaki Putus Dengan Harapan Untuk Sambung Semula

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Satu longgokan ketulan ais yang menutupi kaki di tepi jalan menjadi tanda tanya pengguna jalan raya di Jalan Jelutong, Georgetown semalam.

Kaki tersebut adalah milik seorang penunggang motosikal yang putus dalam kemalangan di jalan tersebut dan orang ramai melonggokkan kaki mangsa dengan ketulan ais dengan harapan bagi membolehkan ia disambung semula.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 6.30 petang itu, mangsa Muhammad Kamil Raja Mydin, 19 tahun, menunggang motosikal Yamaha Y15 ZR bersama seorang remaja perempuan, Siti Nuraishah Mydin Koya, 19 tahun, dari arah Jalan C Y Choy menghala ke Jalan Sungai Pinang.

Mangsa terbabas dan terlanggar besi bahagian tengah jambatan itu menyebabkan kaki kanan mangsa putus pada paras lutut ke bawah manakala pembonceng mengalami luka di kaki kanannya.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan termasuk menyambung kembali kakinya yang putus.

Semoga kaki mangsa berjaya disambung dan dapat berjalan semula seperti asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*