Letak Minyak Brek Motor Bila Sakit Gigi, Pipi Berlubang & Nanah Penuh Hingga Ke Otak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara kerap meletakkan minyak brek motor pada giginya yang sakit bertahun lamanya, seorang lelaki hampir maut kerana kesan daripada tindakannya itu menyebabkan pipinya berlubang (ditebuk) untuk membuang nanah penuh di pipi sehingga naik ke otak.

BACA : 18 Batang Gigi Terpaksa Dicabut Gara-gara Kerap Tidur Dengan Botol Susu Masih Di Mulut

Menerusi perkongsian akaun Facebook Happy Wee yang merupakan salah seorang staff membuat pembedahan lelaki malang ini, dia datang ke klinik berjumpa doktor gigi dalam keadaan mukanya yang bengkak seperti menjadi dua kepala.

“Encik ini sakit gigi dah bertahun, tapi awal tahun ni sakit semakin teruk, jadi letak lah dia minyak brek motor. Kali pertama, sakit tu hilang,

Selepas Berapa minggu berlalu, sakit pulak gigi geraham atas tu, sekali lagi dia letak minyak brek. Tapi tak berkesan, gusi pun bengkak,

Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ni pergi jumpa doktor perubatan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.” – Happy Wee

Lelaki tersebut terpaksa dirujuk kepada bahagian kecemasan untuk menjalani pembedahan dengan segera mengeluarkan nanah pada bahagian pipinya.

Selepas pembedahan pengeluaran mengeluarkan nanah yang banyak, rupa-rupanya masih ada nanah yang berlebihan telah naik ke bahagian saraf dan otak.

Maka terpaksalah mereka membuat pembedahan lagi sekali untuk membuang nanah yang berlebihan tersebut.

Happy Wee memberitahu lagi, tujuan dia berkongsi perjalanan sakit gigi lelaki tersebut untuk memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya rawatan gigi yang betul oleh doktor gigi yang bertauliah.

Begitu juga dengan pemakaian ‘fake braces’ dan ‘teeth whitening’ serta gigi palsu juga harus dibuat dengan doktor gigi yang bertauliah dan bukan dengan doktor gigi ‘cap ayam’ mahu pun ‘doktor gigi Youtube’.

Berkenaan dengan lelaki ini, selepas pembedahan kedua dan check in di ICU selama seminggu, dia semakin pulih dan lubang besar pada pipinya akan pulih seperti asal, kata Happy Wee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*