Tidak Mahu Simpan Dendam Lagi, Linda Rafar Minta Maaf Pada Ratusan Orang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pada Januari lalu, Linda Rafar ada menuntut lebih 100 netizen untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram atau berdepan tindakan saman daripadanya kerana mendakwa dirinya difitnah dan rasa dihina serta dikhianati oleh sesetengah pihak.

BACA : Hina Anak di Instagram, Jasmin Hamid Saman 15 Netizen

Kecaman dan fitnah yang dikatakan oleh Linda Rafar bermula apabila kontroversi yang melanda Linda dengan jururawat di sebuah hospital kerajaan berkaitan penjagaan arwah ibunya semasa berada di hospital tersebut.

Menerusi akaun Instagram milik Linda Rafar sendiri, dia nekad untuk tidak lagi menyimpan segala dendam terhadap netizen yang sebelum ini menfitnahnya di laman sosial menyebabkan dia mengarahkan peguamnya menghantar notis kepada ratusan orang.

Notis yang dihantar merupakan notis meminta individu-individu yang terlibat membuat permohonan maaf di laman media sosial terutamanya melalui Instagram.

“Jadi hati saya penuh dengan kemarahan. Peguam saya telah menghantar notis kepada ratusan orang yang menfitnah saya tetapi hati saya tidak tenang. Saya ada menerima beberapa DM (direct message) mereka yang memohon maaf.

“Ada yang saya maafkan tapi ada yang keterlaluan dan tidak dapat membantu membersihkan reputasi saya. – tulis Linda Rafar di Instagram

Gambar Linda Rafar bersama anak-anaknya yang dimuatnaik di Instagram

Tambah Linda lagi, sempena bulan Ramadan yang suci ini, dia mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya dia ada menyakitkan hati sesiapa, sama ada yang memohon maaf atau tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Dia Masih Punya Ego Melangit" - Doktor Tidak Puas Hati Cara Linda Rafar Minta Maaf Kepada Jururawat - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*