Dakwa Difitnah, Linda Rafar Tuntut RM4 Juta Dari Doktor

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kemelut Linda Rafar dengan jururawat telah selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat pada 8 Mei lalu yang berakhir dengan saling bermaafan.

BACA : “Dia Masih Punya Ego Melangit” – Doktor Tidak Puas Hati Cara Linda Rafar Minta Maaf Kepada Jururawat

Namun, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli tidak berpuas hati dengan cara pelakon tersebut meminta maaf kepada jururawat seperti mana yang dipersetujui antara dua pihak dan memuat naik status di laman Facebook miliknya pada 9 Mei 2019.

Linda dan peguamnya iaitu Nurul Hafidzah Hassan menyifatkan penulisan Rusyainie berbaur fitnah termasuk tiga lagi pihak termasuk PW Community turut berhadapan tindakan undang-undang atas dakwaan fitnah.

Menurut mStar, Linda telah menghantar lima pucuk surat tuntutan berasingan kepada Rusyainie bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta.

Menerusi tuntutan tersebut, Rusyainie didakwa telah menulis dan menerbit lima bentuk penulisan (posting) berbaur fitnah dan komen-komen melampau ke atasnya di media sosial.

Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulan diteruskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. (Video) Linda Rafar Suka Perut Suami Buncit, Larang Suami Diet - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*