Maharaja Lawak Mega 2018 Menampilkan 14 Peserta Berkumpulan & Solo

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam kita telah menyaksikan minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2018 yang menampilkan 14 peserta daripada negara Malaysia, Singapura dan Indonesia.

12 peserta Maharaja Lawak Mega 2018 merupakan peserta berkumpulan dan hanya 2 sahaja peserta solo yang berani naik ke pentas Maharaja Lawak Mega 2018 kali ini.

Seperti biasa, ‘minggu pertama’ dijadikan alasan sekiranya persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2018 yang agak sendu semalam. Namun ada juga peserta yang mendapat 5 Ha! daripada juri atau pengkritik MLM 2018 ini.

Okay, di bawah adalah senarai peserta atau kumpulan Maharaja Lawak Mega 2018 yang berani menyahutcabaran untuk beraksi di pentas yang besar itu.

PESERTA KUMPULAN & SOLO MAHARAJA LAWAK MEGA 2018

1. Kumpulan 2B (Man & Weera)
2. Kumpulan Abata (Alham, Wann Wala & Ilham)
3. Abioso (Ami, Sarip & Mamad)
4. Bocey (Abam, Achey & Fad)

5. Kumpulan Chilok (Kamal Sumbu, Chiwan & Achok)
6. Peserta Dany Beler
7. Peserta Hilmy Ashley
8. Kumpulan Joras (Ropie, Joey Daud & Rahim Sepahtu)

9. Kumpulan Kiut (Tapai, Niezam & Shendo)
10. Kumpulan Masin (Jiggy, Vicha & Mamat Bora)
11. Kumpulan Puteh (Ali Mercik & Mamak)
12. Kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak)

13. Kumpulan Taman (Tauke & Man Posmen)
14. Kumpulan Zero (Sharif, Atu & Syaiful)

Undian kali ini berbeza berbanding musim-musim yang lepas apabila undian dilakukan melalui aplikasi Tik Tok dan undian boleh dibuat 10 undian untuk satu akaun untuk hari biasa dan hari Jumaat, satu akaun boleh mengundi sebanyak 50 undian.

Jangan lupa untuk saksikan Maharaja Lawak Mega 2018 di Astro 124 atau live streaming di Astro Go.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*