Makan Kentang Goreng & Kerepek Kentang Setiap Hari, Remaja 17 Tahun Disahkan Buta

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin tidak masuk akal, gara-gara makan kentang goreng dan kerepek kentang setiap hari, seorang remaja 17 tahun dari Bristol disahkan buta.

BACA : Challenge Makanan Pelik, Lepas Muntah Makan Balik

Sebenarnya, remaja lelaki ini hanya makan kerepek kentang dan kentang goreng setiap hari, malah dia tidak pernah makan buah atau sayur dalam tempoh 10 tahun.

Memetik laporan Daily Mail, selain kerepek dan kentang goreng, remaja itu hanya makan sosej goreng dan sandwich ham sebagai makanan hariannya.

Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang itu, dia mengalami kekurangan beberapa vitamin utama termasuk B12, zat besi dan Vitamin D.

Walaupun remaja itu memilik ketinggian dan berat badan yang normal, namun akibat kekurangan nutrisi, saraf di belakang matanya rosak dan menyebabkan dia buta.

Remaja itu berkata, doktor sepatutnya boleh membantunya lebih awal lagi dengan menasihatkannya untuk menjaga pemakanan dengan betul, tetapi doktor hanya bertanyakan tentang keadaannya apabila keadaan menjadi teruk.

Apa yang menyedihkan, ibunya terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya dan sangat terkejut dengan penglihatan anaknya yang mengalami kemerosotan terlalu cepat sehingga menyebabkan buta.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*