Masukkan Budak Dalam Mesin Basuh, Lelaki Didakwa

09/10/2018

Masih ingat video budak lelaki berusia 3 tahun yang terperangkap di dalam mesin basuh di sebuah dobi layan di Bukit Sentosa, Rawang diri minggu lepas?

BACA : “Cikgu Tarik Telinga Anak Saya Sampai Koyak & Hampir Putus”

Tak pasal-pasal tindakan yang dianggap gurauan oleh seorang lelaki yang memasukkan anak saudaranya menjadi tragedi mengheret dirinya ke mahkamah sekaligus didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Irwan Abdul Jalil berusia 27 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai majistret.

Ayah saudara mangsa melakukan kesalahan tersebut pada 2 Oktober lepas dan pihak polis menahan tertuduh pada 3 Oktober untuk siasatan lanjut.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: