Mata Tercucuk ‘Eyeliner’, Gara-gara Bersolek Dalam Kereta

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara bersolek di dalam sebuah teksi, mata seorang wanita hampir buta apabila pensil eyeliner yang digunakan untuk bersolek dan mencantikkan bahagian matanya tercucuk dalam kelopak mata.

LIHAT : (Gambar) 26 Wajah Pondan Thailand Sebelum & Selepas Yang Membuat Anda Terngaga

Nasib wanita tersebut memang sungguh bertuah kerana matanya tidak luka dan hanya sedikit sahaja darah keluar dari hidungnya.

Semuanya berpunca daripada teksi yang dinaikinya telah melanggar belakang sebuah trak yang sedang bergerak perlahan menyebabkan kepalanya terhangguk dan menyebabkan pensil eyeliner yang tajam terbenam di dalam kelopak matanya.

Kejadian sepantas kilat itu berlaku di daerah Ratchathewi, Bangkok, Thailand menyebabkan perkhidmatan kecemasan terpaksa dipanggil untuk membantu wanita tersebut, namun dia terpaksa dibawa ke Hospital Rajavithi yang berdekatan.

Teksi yang dinaiki wanita tersebut

Doktor telah berjaya mengeluarkan pensil tersebut dan wanita tersebut mampu membuka mata kirinya dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar tanpa ditapis, klik di sini dan di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*