Terduduk & Memeluk Bekas Gam, Remaja 14 Tahun Ditemui Maut

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang remaja ditemui mati dalam keadaan terduduk di tapak pasar malam di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson semalam.

Remaja terbabit didapati terduduk dan tangannya memeluk bekas gam yang besar serta hidungnya masih dalam keadaan menghidu bekas tersebut yang dipercayai berisi gam.

Gambar remaja ditemui mati dalam keadaan terduduk dan bekas gam masih dihidu

Mayat remaja berusia 14 tahun yang beralamat di Kampung Indah, Bahau, ditemui selepas polis menerima maklumat awam pada jam 2.14 petang, lapor Berita Harian.

“Polis ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Port Dickson (HPD),” katanya ketika dihubungi, hari ini.” – Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed

Siasatan pihak polis yang telah dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kematian remaja berkenaan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Mengikut rekod polis, remaja itu pernah ditahan polis di Port Dickson awal Januari lalu kerana disyaki menghidu gam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*