Mentor Milenia 2017 Final, Elica Juara Bawa Balik RM100,000

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mentor Milenia 2017 akhirnya terungkai teka-teki siapakah juaranya apabila rancangan hiburan TV3 kegilaan ramai ini telah selesai sebentar tadi.

LIHAT : (Video) Black Malukan Dato’ Hattan, Mahukan Juri Yang Profesional

Finalis Mentor Milenia 2017 yang terdiri daripada Usop (protege Hazama), Syeera (protege Black), Elica (protege Akim) dan Along (protege Tomok) masing-masing memberikan persembahan terbaik dengan nyanyian berduet dan solo.

Juri tetap Datuk Hattan dan juri jemputan Fauziah Ahmad Daur (Ogy) ternyata berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh peserta-peserta akhir Mentor Milienia 2017.

Juara Mentor Milenia 2017 menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian ke London dan trofi telah dimenangi oleh protege Elica (mentor Akim).

Naib juara pula dimenangi oleh protege Usop (mentor Hazama) dengan hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh protege Along (mentor Tomok) berjaya membawa balik RM20,000 dan trofi.

Tempat keempat pula membawa balik RM10,000 dan trofi dimenangi pula oleh protege Syeera (mentor Black).

Oh ya, Anugerah Khas Pilihan Neffos membawa balik wang tunai berjumlah RM10,000 telah dianugerahkan kepada protege Elica!

Tahniah kepada Elica, Akim dan semua pemenang, semoga berjaya di luar sana!

ArtisBuzz : Ada yang frust sebab Usop tak dapat juara tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*