Mercun Punya Pasal, Buta Mata Kanan & 6 Jari Hancur

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mangsa mercun pertama tahun ini menjadi mangsa belerang mercun bola yang diletakkan dalam botol kaca meletup atas bara api di Kampung Panji, Kota Bharu Selasa lalu.

LIHAT : (Video) ISIS Malaysia Akan Meletupkan Mahkamah Ini?

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam itu, menyebabkan mangsa, Eiman Najwan Anwar Fuad buta mata kanan dan lima jari tangan kiri serta satu jari telunjuk tangan kanan hancur.

Malah, serpihan letupan kaca itu turut terkena kaki seorang rakannya yang hanya cedera ringan.

Manakala ibu mangsa, Rozita Zakaria masa tu berada di rumah dan tengah melipat baju terdengar bunyi letupan kuat.

“Saya terdengar bunyi letupan kuat dan terus berlari keluar melihat seorang budak lelaki jatuh bersujud dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya terus memeluk budak lelaki itu dan pada masa itu, saya tidak tahu mangsa adalah anak sendiri. Saya terus pengsan kerana melihat terlalu banyak darah.

“Namun, selepas sedar baru saya tahu mangsa mercun yang parah itu anak sendiri sebelum saya dan suami membawanya ke unit kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” – ibu mangsa.

Mangsa dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan susulan.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*