Minta Pelanggan Pakai Pelitup Muka, Juruwang Ditembak Mati

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Hanya kerana menegur seorang pelanggan supaya memakai pelitup muka, nyawa seorang juruwang melayang apabila ditembak mati oleh suspek yang merupakan pelanggan kedai runcit.

BACA : Polis Maut Tertembak Diri Sendiri Sewaktu Tugas Sekatan Jalan Raya

Mangsa maut dalam kejadian tembakan susulan pertengkaran yang berlaku di sebuah kedai runcit di Georgia, Amerika Syarikat termasuk seorang anggota polis turut tercedera dalam insiden terbabit yang berlaku pada Isnin lepas.

Memetik laporan Astro Awani, kenyataan Biro Penyiasatan Georgia (GBI), Victor Lee Tucker, 30 tahun, mengunjungi kedai berkenaan tanpa memakai pelitup muka.

Selepas bertengkar dengan juruwang di kedai terbabit Tucker terus meninggalkan kedai runcit itu tanpa membeli apa-apa, namun kembali semula bersama sepucuk pistol dan terus menembak juruwang berkenaan.

Seorang anggota polis yang tidak bertugas secara kebetulan berada di dalam kedai runcit berkenaan dan terus melepaskan tembakan ke arah Tucker, kata polis.

Tucker kemudian membalas tembakan anggota polis berkenaan yang turut terkena seorang lagi juruwang, menurut GBI.

Mangsa maut disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Grady Memorial.

Anggota polis tercedera bersama juruwang lain itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tucker ditahan dan dibawa ke balai polis Georgia untuk tindakan lanjut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*