Model Pakaian Dalam Jual Dara RM11 Juta, 300 Orang Mengikut Caranya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Remaja perempuan yang berusia 18 tahun ini merupakan model pakaian dalam mendakwa sudah menjual daranya kepada ahli perniagaan Hong Kong dengan harga £2 juta (RM11 juta) tahun lepas walaupun ibu bapanya mengancam tidak akan mengaku dia sebagai anak jika meneruskan niatnya itu.

Model yang dikenali sebagai Aleexandra Khefren ini menyerahkan kepada Cinderella Escorts, laman web berpangkalan di Jerman untuk menguruskan jual beli daranya itu dan 20 peratus daripada harga daranya akan diberi kepada agensi tersebut.

Namun, Khefren ada alasannya yang tersendiri kenapa dia menjual daranya dengan nilai £2 juta daripada memberi secara percuma kepada teman lelakinya yang mungkin akan meninggalkannya.

“Lebih baik saya menjual dara melalui Cinderella Escorts daripada memberinya ‘percuma’ kepada teman yang kemudian saya ditinggalkan. Saya rasa ramai perempuan berfikiran seperti saya.

“Berapa ramai yang sedia melakukan seks pertama kali dengan percuma jika boleh mendapat 2.3 juta euro (£2 juta)?” – Aleexandra Khefren.

Tetapi niat sebenar Khefren menjual daranya untuk membantu keluarganya yang bakal kehilangan rumah dan untuk membiayai pengajiannya di Universiti Oxford.

Pada mulanya, harga pembukaan untuk lelongan daranya ialah €1 juta Euros (RM4.8 juta). Sebelum ini, Khefren sudah berjumpa dengan ahli perniagaan Hong Kong yang membeli daranya di Jerman.

Susulan daripada penjualan laris dara Khefren, seramai 300 orang remaja menghubungi agensi tersebut yang ingin menjual dara mereka.

TehPanas – Lepas ni mesti ada yang nak jual teruna pulak…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*