Siapa Sebenarnya Model Botol Kordial F & N? Ramai Ingat Liyana Jasmay, Tapi?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mesti ramai yang menyangka model botol kordial F & N Sun Valley adalah pelakon Liyana Jasmay semasa dia masih kecil sebelum ini kan?

Sebenarnya wajah model cilik di botol kordial tersebut adalah oleh Madihah Mohd Firdaus yang kini sudah berusia 21 tahun yang kini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, Madihah menyambung pengajian diploma kejuruteraan mekatronik di UTMKL kebanyakannya dipelopori oleh kaum lelaki.

Bagaimana Madihah boleh menjadi model untuk F & N?

Madihah memberitahu dia datang bersama-sama ayahnya di lokasi pengambaran untuk ujian iklan menjadi model tersebut dan akhirnya terpilih selepas berjaya mengharungi ujian daripada pihak syarikat tersebut.

“Seingat saya, ketika itu usia baru menjangkau usia 5 atau 6 tahun dan tidak ada mood ketika tiba di lokasi menyebabkan sesi fotografi mula agak terlewat.

“Namun begitu, disebabkan pujukan ayah dan tim fotografi banyak membantu mengembalikan mood saya sehingga gambar yang digunakan pada botol minuman tersebut sehingga ke hari ini,” – Madihah.

Rupa-rupanya ramai rakannya baru mengetahui bahawa dialah model pada botol minuman tersebut kecuali kawan rapat yang mengetahui sejak awal lagi.

Teringin jugak nak tahu, adakah syarikat F & N masih membayar royalti kepada Madihah sehingga sekarang? Memandangkan gambarnya masih digunapakai menjadi model iklan hampir 16 tahun. Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Liyana Jasmay Buka Tudung, Kembali 'Free Hair'? - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*