Mufti Arahkan Henti Promosi Nasi Lemak Pondan & Gay Serta Merta

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kecoh satu Malaysia apabila kehadiran Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay viral di laman sosial media sekaligus reaksi netizen yang menghina dan mengecam sudah pasti terserlah kehebatannya.

BACA : “Saya Tukar Nama Lain Pun Orang Tetap Akan Panggil Saya Pondan”

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tampil memberi penjelasan bahawa penggunaan perkataan yang menjuru kepada golongan homoseksual seperti pondan dan gay adalah haram kerana ia bertentangan dengan agama Islam.

“Itu nama-nama yang tidak baik. Haram. Ia menarik orang ramai ke arah kehidupan pondan dan gay. Ia nanti akan mengundang fitnah terutama kepada pembeli-pembeli yang dikatakan suka atau cenderung kepada pondan dan gay,” – Mufti Perak.

Oleh sebab yang demikian, Harussani menasihatkan peniaga Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan agar tidak meneruskan promosi pernigaan mereka selain menukarkan nama kepada jenama yang lebih baik.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) "Salah Faham & Fitnah!" - Dua Remaja Dituduh 'Mengunyit' Atas Motosikal Dedah Cerita Sebenar
  2. “Salah Faham & Fitnah!” – Dua Remaja Dituduh ‘Mengunyit’ Atas Motosikal Dedah Cerita Sebenar - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*