Murid Tahun 5 Rogol Kakak Saudara, Mengaku Sudah Lakukan 4 Kali

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang murid lelaki tahun 5 ditahan polis selepas didapati merogol kakak sepupunya yang berusia 12 tahun di rumah mereka, di Penampang, Sabah Ahad lalu.

BACA : Rogol Anak 3 Kali Seminggu Sejak 6 Tahun Lalu, Seorang Bapa Diburu Polis

Kedua-dua murid sekolah rendah terbabit dikesan melakukan hubungan seks di dalam bilik tidur sebelum disedari abang mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa sejurus selepas kejadian disedari ahli keluarganya.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kemudiannya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada keesokan hari untuk membantu siasatan lanjut.

“Hasil siasatan yang dijalankan, kanak-kanak lelaki itu mengaku sudah empat kali melakukan hubungan seks bersama mangsa.

“Kanak-kanak ini juga mengaku terpengaruh dengan video lucah yang ditonton menerusi telefon pintar,” – jelas Mohd Haris Ibrahim kepada Harian Metro.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sejak bila kejadian itu berlaku dan suspek sudah direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

1 Trackback / Pingback

  1. "Dia Tengok Mak Ayah Dia buat Macam Tu' - Cikgu Tangkap Murid Darjah 1 Buat Benda Tak Senonoh Dalam Tandas - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*