MYTV Beri 1.5 Juta Dekoder Percuma Di Seluruh Negara

08/01/2019

MYTV Broadcasting Sdn Bhd mula mengagihkan sebanyak 1.5 juta set dekoder secara percuma secara berperingkat bermula Januari ini di seluruh negara.

BACA : Semak Kelayakan Anda Untuk Mendapatkan Dekoder MYTV Percuma

Kepada penerima yang terpilih, mereka sudah menerima atau akan menerima surat pemberitahuan mengenai pemberian dekoder percuma ini dan perlu menghubungi MYTV untuk mengesahkan kelayakan mereka untuk menerima dekoder percuma ini.

Proses pemiliah ini berdasarkan daripada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) dan keutamaan diberikan kepada kumpulan berpendapatan terendah.

Kalau korang yang berpendapatan tinggi dan teringin untuk mendapatkan dekoder MYTV ini, jangan risau kerana ada jalan penyelesaiannya. Korang boleh mendapatkan dekoder MYTV dengan harga serendah RM187.00 sahaja.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 2 comments… read them below or add one }

Jue rafiq January 8, 2019 at 7:23 pm

Saya cuba call no talian yang tertera di dalam surat pengesahan yang saya telah layak menerima mytv dekoder , tetapi tidak pernah dapat .. sekali dah dapat , mintak saya email pada alamat email mytv .. saya telah emailkan juga tetapi tetap juga tiada dapat apa apa jawapan .. bagaimana saya hendak berikan maklumat details saya untuk penghantaran dibuat ? Terima kasih ..

Reply

Aishah duhalim January 9, 2019 at 2:36 pm

Tiada ka no lain yang boleh di hubungi… Untk pengesahan….

Reply

Leave a Comment

Previous post: