MYTV : Panduan Penalaan Semula Alat Dekoder Percubaan MYTV

Tahniah kepada yang telah mendapat dekoder MYTV secara percuma untuk percubaan. Mungkin anda mengalami masalah terhadap dekoder MTYV tersebut dan harus dibuat penalaan semula atau reset.

Di sini, kami kongsikan cara untuk penalaan semula alat dekoder percubaan MYTV dengan langkah yang mudah anda fahami.

Baca : Tarikh Dekoder MYTV Broadcasting & RTM Mula Dijual & Beroperasi

Baca : MyTV Broadcasting & RTM Menguji Dekoder & Siaran TV Bermula Dari Pantai Timur

Panduan Penalaan Semula Alat Dekoder Percubaan MYTV

1) Tekan butang ‘POWER’ yang berwarna merah pada bahagian atas alat kawalan jauh (remote control) untuk menghidupkan dekoder anda. Oleh kerana proses penambahbaikan (upgrading) yang berjalan dari masa ke semasa, mesej ‘No Signal’ akan terpapar pada skrin TV anda.

2) Sekarang tekan butang ‘MENU’ pada alat kawalan jauh (remote control) dan laman ‘Search’ akan terpapar.

3. Pilih ikon yang pertama (TV) dengan menekan butang ‘VOL-’ dua kali dan laman ‘Channel Edit’ akan terpapar.

4) Dari 3 pilihan tersedia, pilih ‘Delete All’ dan tekan butang ‘OK’ – www.tehpanas.com

5) Mesej ‘Are you sure to delete all channels’ akan terpapar. Tekan ‘OK’ dan skrin TV akan kembali ke laman ‘Channel Edit’.

6) Tekan butang ‘EXIT’ pada alat kawalan jauh dan laman ‘Installation Guide’ akan terpapar.

7) Pilih ‘Channel Search’ dan tekan ‘OK’. Dekoder anda sekarang sedang mencari (search) siaran untuk disimpan dan tunggu sehingga proses ini selesai iaitu apabila ‘Progress’ mencapai 100%.

8) Sekarang mesej ‘Do you want save?’ akan terpapar dan sila pilih ‘OK’ – www.tehpanas.com

9) Anda kini boleh menikmati rancangan kegemaran anda seperti biasa menerusi Siaran Ujian DTT oleh MYTV.

Selesai sahaja anda melakukan penalaan semula ini, anda sudah boleh kembali menonton rancangan dari dekoder MyTV secara percuma! Selamat Menonton!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

12 Comments

  1. Assalamualaikum. Bagaimana saya nak dapatkan mytv…lama saya tunggu nak perolehinya…
    Di johor tiada lagi ke?

  2. Hai assalamualaikum..nk mtk tlg sape2 yg tahu..ni saya pasang mytv dekoder tu..tp die keluar yg pilih bhs dan antena..dan bile tekan kat remote semua button tak function dah..butang menu pun xboleh..ade sape2 tahu mcm mane..tm ksh

  3. Problem Same macam sue
    Nk cakap button kt remote rosak, entah la.. just button on/off ngn button biru sahaja yg boleh tekan.Pening kepala fikir.. any solution?

    Terima kasih

  4. mytv kna pkai smart card ke..sbb ada naik error e020 je kt tv ni..nk set channel pon kna ada pin number

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*