Myvi Hilang Kawalan & Berpusing Sebelum Hempap Wanita Di Laluan Pejalan Kaki

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah dipercayai dilanggar dan dihempap oleh sebuah kereta Perodua Myvi di MRR2, Exit Taman Melawati menuju ke Hulu Kelang, semalam.

BACA : Kereta Masuk Simpang Tak Bagi Signal, Penunggang Motosikal Putus Jari & Patah Kaki Serta Tangan

Kejadian yang berlaku sepantas kilat itu lebih kurang jam 8 pagi Khamis, mangsa yang sedang berjalan kaki di laluan pejalan kaki ke tempat kerjanya.

Menurut saksi kejadian, kereta Myvi itu hilang kawalan ketika melalui selekoh di jalan tersebut sebelum berpusing lalu menghempap mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Makcik Tuni oleh penduduk Kampung Setia Jaya dan bekerja sebagai tukang urut sering menggunakan laluan itu sejak 22 tahun lalu.

Seorang pemandu yang hampir menjadi mangsa Myvi ini telah berkongsi bukti video rakaman dashcam dan kereta Myvi itu dilihat memandu secara berbahaya dan hampir melanggar kereta perakam video tersebut.

Menerusi Facebook Orang Wangsa Maju, Ramai yang mendakwa kawasan tersebut merupakan kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut terutamanya di waktu malam dan musim hujan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*