“JPJ Pun Nak Samun Orang” – Myvi Rempuh Lebih 20 Buah Kereta Semasa Larikan Diri Lepas Samun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Beberapa rakaman sebuah Perodua Myvi berwarna biru no pendaftaran KEB7975 dipercayai melarikan diri dan merempuh lebih 20 kenderaan lain semasa cuba melarikan diri.

BACA : Wanita China Mabuk Langgar Penunggang Motosikal Direman

Menurut individu yang menggunakan akaun Mohd Zubir Mohd Zubir memuatnaik video di Facebook menjelaskan lelaki terbabit melarikan diri selepas terlibat dalam kes langgar lari.

“Lagi video pemandu biadap. Langgar lari dan terus melanggar beberapa biji kereta dlm usaha untuk melarikan diri.

Info memaklumkan terlibat dgn kes samun kemudian lari apabila dikejar. Driver dpt ditahan hasil pertolongan org awam.” – tulis Mohd Zubir di Facebook.

Mohd Zubir mendakwa lelaki tersebut sebelum langgar lari, dia terbabit dalam kes samun dan dalam usaha melarikan diri dari dikejar orang awam.

Dilihat pada video yang dirakam saksi, walaupun kereta yang dipandu suspek tersangkut dalam kesesakan jalan raya, suspek sanggup menyelit di ruang tengah antara dua lorong dan pada masa itu dia merempuh kenderaan lain.

Gambar kereta Perodua Myvi suspek samun dan langgar lari berjaya ditahan oleh orang awam

Pada video terakhir yang dikongsi oleh saksi, suspek dilihat telah ditahan oleh orang ramai dan kereta Mvyi suspek telah hancur pada bahagian hadapan dan kemik pada bahagian pintu.

Bagaimanapun, sebuah screenshot perbualan WhatsApp antara saksi dan rakannya dikongsi oleh ahli Group WhatsApp Grabfood Rider mendakwa lelaki tersebut adalah seorang penjawat awam yang bertugas sebagai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Saksi turut menemui kad pengenalan, kad JPJ dan baju seragam JPJ di dalam kereta lelaki tersebut.

Dalam perbualan itu juga mendedahkan lelaki itu sebenarnya menyamun seorang warga emas yang kudung kaki dan pada masa yang sama saksi melihat kejadian tersebut lalu menyuruh lelaki itu berhenti, namun terus melarikan diri.

Video Pemandu Myvi Lepas Samun Rempuh Kereta Semasa Larikan Diri

Dikirim oleh Mohd Zubir Mohd Zubir pada Jumat, 13 Desember 2019

Dikirim oleh Mohd Zubir Mohd Zubir pada Jumat, 13 Desember 2019

Video Pemandu Myvi Biru Berjaya Ditahan Oleh Orang Awam

Dikirim oleh Mohd Zubir Mohd Zubir pada Jumat, 13 Desember 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*