Nabil Maki Peminat Fattah Amin, Pertikai Tiada Agama

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada isu Fattah Amin membatalkan kehadirannya ke rancangan MeleTOP untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella secara saat akhir yang mengundang ‘perang dingin’ antara beliau dan Neelofa itu berlarutan apabila secara tidak langsung, Nabil Ahmad juga dikaitkan sekali oleh peminat Fattah Amin.

BACA : Neelofa & Fattah Amin Berlakon Bersama Semula

Nabil telah dinasihatkan oleh salah seorang peminat fanatik Fattah di mana telah menghantar “direct message” melalui akaun Instagram Nabil agar mengambil iktibar daripada selebriti kesayangan peminat tersebut.

Peminat Fattah tersebut menyertakan satu pautan portal berita berbahasa Inggeris yang telah mengeluarkan satu artikel bahawa Michael Ang mengakui menyusun jadual Fattah dan meminta agar tiada lagi yang menyalahkan pelakon lelaki tersebut kerana tidak hadir pada program MeleTOP.

Mungkin hilang sabar, Nabil bengang dengan tindakan peminat Fattah tersebut dan memuat naik screenshot bukti kiriman mesej tersebut bersama kapsyen yang jelas kelihatan Nabil marah dan hilang sabar.

Belum lama rasanya Nabil memuat naik screenshot bukti kiriman mesej tersebut, Nabil telah memadam screenshot tersebut mungkin tahu isu ini akan berpanjangan.

Pada masa yang sama, ramai netizen mahukan Nabil mengambil kelas Bahasa Melayu memandangan Nabil tidak pandai mengeja perkataan ‘bangang’ yang dieja menjadi ‘banggang’.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Saya Bersyukur”- Nabil Ahmad Sokong Isteri Mula Bertudung - TEHPANAS
  2. “Saya Bersyukur”- Nabil Ahmad Sokong Isteri Mula Bertudung - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*