Nabil Terus Diam Ditegur Oleh M. Nasir Dalam Gegar Vaganza

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Walaupun pengacara Gegar Vaganza 2, pelawak dan pelakon Nabil dikutuk oleh orang ramai mengenai lawaknya yang melampau, tetapi Nabil masih juga dengan lawak yang dianggap ‘kasar’ oleh segelintir indivdu.

Jika sebelum ini, Nabil membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia Musa.

Berulang kali Nabil mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil, “Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini”.

Nabil akhirnya terus terdiam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah padam.

Mungin sangat malu kerana ditegur secara live di hadapan ribuan penonton konsert Gegar Vaganza 2 semalam.

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2 semalam menyingkirkan Zul Handy Black dan Ezlynn yang sudah pasti kekurangan markah dari juri dan undian daripada penonton.

Manakala 10 peserta Gegar Vaganza 2 yang masih selamat dan akan meneruskan perjuangan dalam konsert keempat Ahad ini ialah Nassier Wahab, Ezad Lazim, Amir Ukays, Nizam Laksamana, Acong Sweet Child, Sheeda, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan FarahDhiya.

TEHPANAS – Jika dilihat dari persembahan dan komen juri, Amir Ukays sepatutnya yang terkeluar, tapi undian di tangan peminat dan penonton, semua boleh berubah.

Carian Anda :

2 Comments

  1. Saya minta supaya kedua-dua orang pengacara tu diganti dengan yang lebih sesuai. Penerbit mestilah sama-sama mempastikan pengacara mematuhi syarat syarat tertentu dan bukan main tangkap muat dan carilah yg lebih educated dan mempunyai sifat menghormati orang lain terutama para juri walaupun semasa membuat lawak. Terima kasih.

  2. Saya sokong pendapat Man pihak ASTRO kena peka masalah ini Aznil Nawawi adalah pengacara terbaik setakat hari ini Nabil sampai Ramli MS ada beberapa kali kata kat Nabil kurang ajor kadang lawak nabil seolah macam orang tak betul suruh dia gie rawatan mental.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*