“Baca Skrip, Bukan Asyik Tengok Telefon!” – Nabila Huda

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin lama memendam rasa, pelakon Nabila Huda akhirnya meluahkan rasa kecewa dengan sikap setengah artis semasa menjalani sesuatu penggambaran drama mahupun filem.

BACA : “Eh Gila Laa!!” Nabila Huda Kecam Ara Johari Makan Mi Pedas Campur Durian

Menurut Nabila, sepatutnya seseorang pelakon membuat persediaan dengan membaca skrip berulang kali agar memahami watak yang dibawa mereka.

“Ada saja pelakon yang tak fokus, lepas tu tak deliver dalam lakonan kerana mereka ini hanya hafal dialog… kenapa? Sebab boleh rasa mereka sekadar bercakap. Feel tu tak rasa. Sepatutnya mereka bersedia, baca skrip bukan asyik tengok telefon.

“Itu yang buat saya rasa mereka ni tahu berlakon ke tak reti berlakon? Tak memberi pun. Tapi kadang-kadang fikir nak habiskan kerja, terpaksa teruskan sajalah.

“Kadang-kadang saya akan bantu… sampai seminggu pun saya bantu. Tapi kalau dah dekat sebulan nak kena buka kelas akademi, aku pun rengsa (meluat),” – jelas Nabila kepada mStar.

Nabila memberitahu walaupun sudah hampir 18 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, sehingga kini dia akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan watak yang dibawa berjaya dihasilkan dan seterusnya meninggalkan kesan kepada penonton.

“Eh Gila Laa!!” Nabila Huda Kecam Ara Johari Makan Mi Pedas Campur Durian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*