“Saya Tak Rasa Gambar Itu Mengaibkan” – Nabila Razali Jelas Isu Baju Jarang Nampak Kulit

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas kecaman demi kecaman daripada netizen, akhirnya penyanyi Nabila Razali tampil menjawab isu pakaiannya yang dianggap kurang sopan oleh netizen baru-baru ini.

BACA : “Mu Pakai Baju Ke Telanjang Bogel Tu?” – Netizen Kecam Pemakaian Nabila Razali

Menurut Nabila, isu tersebut bukanlah perkara yang besa dan tidak mengaibkan dirinya kerana berpendapat baju itu tidak kelihatan seksi apabila dikenakan bersama ‘inner’ berwarna coklat terang.

“Saya rasa ia bukanlah isu yang besar, tetapi apabila ramai dah bercakap tentang isu tersebut, mereka perlukan penjelasan saya.

“Bagi saya, saya tak rasa gambar itu mengaibkan diri saya, saya pakai ‘inner’ berwarna terang di dalam baju jarang itu, jadi ia tidak kelihatan seperti warna kulit.

“Untuk mereka di luar sana, janganlah terlalu mencari kesalahan orang lain, kalau saya rasa gambar itu kurang sopan, sudah tentu saya tidak akan kongsi di media sosial,” – jelas Nabila kepada Gempak.

Bagaimana pun, Nabila mengakui kesilapannya dan menerima semua teguran netizen dengan hati yang terbuka.

“Mu Pakai Baju Ke Telanjang Bogel Tu?” – Netizen Kecam Pemakaian Nabila Razali

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*