Demi Menjaga Hati Isteri, Nadzmi Adhwa Tak Mahu Sentuh Wanita Lain

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mesti ramai yang ingin mengetahui kisah terbaru mengenai pasangan suami isteri pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang mendapat perhatian peminat serta netizen sebelum ini kan?

BACA : “Saya Cuba Elak, Bukan Tidak Akan Sentuh Langsung” – Fikry Ibrahim Jelaskan Isu Sentuh Pelakon Wanita

Baru-baru ini, Nadzmi memberitahu dia dan isterinya tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan selepas bergelar suami isteri.

Menurut Nadzmi, dia tidak mungkin akan menghalang Ardell Aryana dalam dunia lakonan kerana dia tahu isterinya mampu menjaga keperibadiannya sebaik mungkin.

“Saya tidak akan halang dia, apa sahaja yang dilakukan sebelum ini akan diteruskan. Tiada sebarang syarat untuk dia berlakon sebab saya yakin dia tahu peranan dia sebagai isteri.

“Sama seperti saya, Ardell juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat. Namun, saya sendiri yang mengambil keputusan untuk tidak lagi melakukan sebarang adegan yang berpegangan dengan pelakon perempuan,” – jelas Nadzmi kepad MHETV.

Nadzmi menjelaskan keputusan ini dibuat demi menjaga hati isterinya dan tidak mahu isterinya mencurigai sesuatu apabila wujud babak-babak seperti itu.

Dia menjelaskan lagi, tidak perlulah bersentuhan dalam lakonan kerana banyak cara lain untuk menunjukkan penghayatan dalam lakonan, antaranya ekspresi muka sahaja boleh menyampaikan sesuatu maksud.

1 Trackback / Pingback

  1. "Tak Boleh Lama-lama Sebelah Awak Kang Roboh Katil" - Nadzmi Adhwa - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*