Namakan Anak ‘Google’, Ibu Bapa Mahu Anak Jadi Pemimpin

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang bayi di Indonesia telah diberi nama Google oleh ibu dan ayahnya pada 30 November tahun lalu selepas nama tersebut tercetus semasa ibu bayi, Ella Karina, 27 tahun, hamil tujuh bulan.

BACA : Bayi Bernama ‘Nutella’ Diarahkan Tukar Nama Oleh Mahkamah

BACA : Saman Kerajaan Kerana Tidak Dibenarkan Guna Nama ‘Allah’

Menurut ayah kepada Google, Andi Cahya Saputra, 31 tahun, pada mulanya terdapat beberapa nama lain yang berada di fikirannya selain Google iaitu Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan banyak lagi, memetik portal Kumparan.

“Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e.

“Pada awalnya, antara beberapa nama yang berada di fikiran saya adalah Microsoft, iPhone, iOS, Windows dan sebagainya,” – Andi Cahya Saputra.

Menerusi laporan Coconuts Jakarta, dalam tempoh awal tiga bulan, ibu kepada bayi tersebut akan memberitahu nama anaknya ‘baby boy’ setiap kali orang bertanyakan nama anaknya yang baru lahir itu.

“Saya beritahu pada bapa, Pak, Google itu ada maksud yang baik kerana Google membantu ramai orang. Harapnya Google boleh jadi orang yang berguna”, – Ella Karina.

Ella juga menegaskan dia mahu anaknya menjadi pemimpin dan menjadi orang yang berguna satu hari nanti.

Gambar Google Bin Andi Cahya Saputra bersama neneknya di hadapan kediaman mereka

Apa yang menyedihkan, pasangan tersebut turut menerima kecaman selepas memberikan nama tersebut tetapi tidak diendahkan dan mereka hanya menerima komen yang baik sebagai doa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*