Nasi Lemak Gay Gulung Tikar Hari Pertama Berniaga Selepas Dikecam?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas ‘kejayaan’ Nasi Lemak Pondan menempa nama dalam industri perniagaan, Nasi Lemak Gay pula wujud di Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

BACA : Nasi Lemak Pondan Makin Dikecam, Makin Laris Auuww!

Mungkin inginkan perniagaan menjadi viral, lelaki ini memberi nama sedemikian, namun pelbagai reaksi dan kecaman oleh masyarakat mengenai nama yang digunakan untuk jualan nasi lemaknya itu.

Pemilik Nasi Lemak Gay yang dikenali sebagai Adi Yusuf tidak menyangka nama Nasi Lemak Gay yang digunakan untuk perniagaannya sekelip mata mencetuskan kekecohan di Malaysia.

“Saya berniaga nasi lemak di situ sejak akhir Januari lalu. Hanya baharu semalam (Selasa) saya pasang ‘banner’ dengan nama Nasi Lemak Gay.

“Saya tak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu,” – Pemilik Nasi Lemak Gay.

Oleh kerana kekecohan dan kecaman demi kecaman diterima, akhirnya operasi gerai Nasi Lemak gay terpaksa dihentikan sementara.

Sebenarnya, pemilik Nasi Lemak Gay meletakkan nama tersebut adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf, iaitu nama pemilik gerai itu sendiri. Haippp… Cover line nampak?

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” – Pemilik Nasi Lemak Gay.

Lepas ni tak mustahil nama untuk perniagaan nasi lemak yang lain pula akan muncul. Nantikan Nasi Lemak Gigolo, Nasi Lemak Lesbian, Nasi Lemak Bapok, Nasi Lemak Andartu… Apa lagi?

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. “Saya Tukar Nama Lain Pun Orang Tetap Akan Panggil Saya Pondan”

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*