“Saya Bukan Muslim” – Neeta Jelaskan Aksi Berpelukan Dengan Han Byul

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin ramai yang sudah maklum program Big Stage musim kedua telah berakhir dengan kemenangan dimiliki oleh penyanyi daripada Korea, Han Byul sebagai juara.

BACA : Artis Korea Tercalon Di ABPBH 32, Kategori Baru Diperkenalkan

Namun reaksi spontan penyanyi Neeta Manisha memeluk Han Byul selepas pengumuman pemenang di konster akhir program tersebut yang berlangsung pada Ahad lalu menjadi perhatian dan mengundang rasa kurang senang penonton.

Tindakan Neeta dan Han Byul berpelukan ketika program itu sedang bersiaran langsung didakwa kurang sopan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum.

Selepas mengetahui isu terbabit menjadi perbualan netizen, Neeta tampil menjelaskan dia dan Han Byul bukan beragama Islam dan hubungan mereka rapat sejak awal pertandingan lagi.

“Saya ingin jelaskan… kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, benda (berpeluk) tu bukan saya nak kata salah atau betul.

“Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.

“Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton!,” jelas Neeta kepada mStar Online.

Penghujung Big Stage musim kedua menyaksikan Neeta menduduki tempat kedua, Adzrin tempat ketiga,  Irfan Haris tempat keempat dan Dinda Permata di tempat kelima.

“Nak tegur tu boleh tapi gunakan ayat yang baik. Kalau kita tak tahu lebih baik bertanya, saya harap selepas ini kalau nak tulis di media sosial janganlah marah-marah atau garang-garang ya!,” – Neeta.

Neeta juga memberitahu kepada netizen supaya menegur dengan ayat yang baik sekiranya mahu menulis di media sosial.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*