Netizen Tidak Setuju GoJek Di Malaysia, PM Kata Jangan Naik Kalau Tak Selamat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semenjak kerajaan memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau GoJek, menerusi undian yang dijalankan menerusi laman Twitter dan Facebook Berita Harian, majoriti netizen tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem pengangkutan itu.

BACA : Pembunuh Pemandu Grab Buat-buat Gila, Rujuk Ke Hospital Mental

Netizen membantah langkah perkhidmatan GoJek yang berasal dari Indonesia itu berikutan pelbagai faktor antaranya kes jenayah seperti rompak, samun, ragut dan rogol.

Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa kerajaan tidak memaksa rakyat untuk menggunakan perkhidmatan GoJek jika ada kebimbangan berhubung soal keselamatan, memetik Berita Harian.

“Kalau rasa tak selamat jangan naik, kita ada pilihan dan kita tidak memaksa untuk menaiki motosikal (GoJek),” – PM.

Sebenarnya, GoJek bertujuan untuk berkhidmat kepada golongan peniaga kecil selain memberi peluang pekerjaan kepada ‘Mat Motor’ dan pelaksanaan GoJek bertujuan membantu usahawan muda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*