Bertudung di Khalayak Ramai, Nur Sajat Bakal Disaman & Digam Kerajaan Kelantan?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Rata-rata rakyat Malaysia semakin pening apabila memikirkan status jantina Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang baru-baru ini mencetuskan lagi huru-hara.

BACA : Nur Sajat Bakal Didenda RM25,000 & Penjara 3 Tahun

Sajat berpakaian menyerupai wanita dengan bertudung ketika menghadiri pesta jualan ‘Mood Republic’ di Kota Bharu, Kelantan Ahad lepas mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

Menurut portal Sinar Harian, Amanah Kelantan mahukan kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan saman ke atas Sajat kerana tindakannya itu jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.

“Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini,” – Amanah Kelantan.

Menurutnya, pihak penganjur juga perlu turut dikenakan tindakan sebagai pengajaran dan jika kerajaan negeri berdiam diri, ia seolah-olah menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Sebelum ini saya lihat Kerajaan Pas Kelantan cukup lantang menolak LGBT, namun bila melihat isu Nur Sajat tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya nak tanya, mana corak pentadbiran Islam yang dilaungkan sebelum ini. Adakah sekadar hendak meraih kuasa saja baru nak bercakap soal Islam,” – Amanah Kelantan.

Kedatangan Sajat ke negeri Kelantan memakai tudung mendapat kecaman hebat daripada netizen dan rata-rata mahu Kerajaan Pas Kelantan mengambil tindakan, namun sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan.

Video Sajat Bertudung di negeri Kelantan mengundang kecaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. (Video) Sajat Bertudung & Berjubah Labuh di Majlis Pengebumian Pengasas Dnars Undang Kemarahan Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*